Stesen MRT Kepong Baru

Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Metro Prima
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya Jinjang
menghala ke Putrajaya Sentral
LokasiMap

Stesen MRT Kepong Baru adalah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia di mana Laluan Putrajaya berkhidmat di stesen ini. Stesen ini telah dibuka rasmi pada 16 Jun 2022 di bawah pembukaan Fasa 1 laluan tersebut. Ia terletak di antara Stesen MRT Metro Prima dan Stesen MRT Jinjang serta mempunyai kod stesen iaitu PY10.[1]

Sejarah

Jejantas dari Pintu B menyeberangi Jalan Kepong yang sibuk menuju ke konkos MRT Kepong Baru.

Projek Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang kini dikenali sebagai Laluan Putrajaya telah mula dibina secara rasmi pada 15 September 2016. Pada hari yang sama juga, nama stesen "Kepong Baru" diumumkan sebagai salah-satu stesen Laluan MRT Putrajaya di dalam video "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" di saluran rasmi MRT Corp di Youtube dengan kod S06.[2][3]

Pembukaan stesen-stesen Laluan Putrajaya terbahagi kepada dua fasa; Fasa 1 dan Fasa 2. Pada asalnya, Stesen MRT Kepong Baru akan dibuka di bawah Fasa 1 pada Jun 2021 bersama-sama dengan stesen lain iaitu dari Stesen MRT Kwasa Damansara hingga ke Stesen MRT Kampung Batu.[4] Namun, ia telah ditangguhkan ke November 2021, tetapi ia dibatalkan juga akibat pandemik COVID-19 di Malaysia.[5] MRT Corp telah membuat keputusan akhir dengan membuka stesen Laluan Putrajaya yang di bawah Fasa 1 secara rasmi pada 16 Jun 2022.[6]

Stesen MRT Kepong Baru merupakan sebahagian daripada projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT).[7]

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di Jalan Besar Kepong (Laluan Persekutuan 54). Ia terletak di dalam kawasan perbandaran Kepong Baru dan berdekatan dengan Laman Rimbunan, Kuil Cina Yuen Long, Kondominium Vista Mutiara, Taman Usahawan Kepong, KWSP Kepong, Shell Kepong Baru, Kawasan Perniagaan dan Perindustrian TSI, Taman Mutiara Fadason dan Dewan Jing Si yang dimilki oleh Yayasan Buddha Taiwan Tzu-Chi Malaysia.[3][8]

Pelan stesen

L2
Platform MRT
PY Arah Selatan 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY41  Putrajaya Sentral (Jinjang)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
PY Arah Utara 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY04  Kwasa Damansara (Metro Prima)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dan mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya. Terdapat dua platform menuju ke terminus laluan; Platform 1 ke Putrajaya Sentral manakala Platform 2 menuju ke Kwasa Damansara.[3] Berdasarkan, Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang, Stesen MRT Kepong Baru tidak dilengkapi dengan kemudahan parkir atau Park and Ride.[1] Selain itu juga, terdapat kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Tambahan lagi, tandas awam, surau, pusat perkhidmatan pelanggan dan eskalator turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna MRT. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri. Stesen ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan bas pengantara.[8]

Pintu stesen

Peta stesen dengan lokasi sekitar dengan skala 100 meter.

Secara keseluruhannya, Stesen MRT Kepong Baru mempunyai tiga pintu masuk dan keluar utama dan masing-masing terletak di aras tanah. Kedudukan Pintu A terletak di utara stesen atau Jalan Rimbunan Raya 1, Pintu B di selatan stesen berdekatan dengan Jalan Ambong Kiri dan Pintu C pula terletak berhampiran dengan Pintu A di Jalan Besar Kepong. Pintu A dan B mempunyai kemudahan asas seperti tangga dan tangga gerak (eskalator) serta lif yang sesuai untuk pengguna orang kurang upaya. Perkhidmatan bas tempatan-ulang alik T115 beroperasi sepenuhnya di Pintu B sahaja.[9][10]

Stesen Laluan Putrajaya — Kepong Baru Rapid KL
Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A Utara stesen Jalan Rimbunan Raya 1 Akses OKU
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Laman Rimbunan, KWSP Kepong, Taman Usahawan Kepong
B Selatan stesen Jalan Ambong Kiri Akses OKU Pengangkutan bas
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Kondominium Vista Mutiara, Dewan Jing Si, Kepong Baru
C Timur stesen Jalan Besar Kepong Pengangkutan bas
Hentian sebelah untuk bas pengantara sahaja.

Perkhidmatan bas

Laluan Koridor Pengendali Terminal[9] Jumlah perhentian Ruj.
T115  Koridor Jalan Ipoh RapidKL MRT Kepong Baru Pintu B Taman Sri Sinar 23 stesen [11]

Galeri

  • Aras legar stesen MRT Kepong Baru
    Aras legar stesen MRT Kepong Baru
  • Permandangan luar jejantas dari Pintu B ke aras legar.
    Permandangan luar jejantas dari Pintu B ke aras legar.
  • Pusat perkhidmatan pelanggan Stesen MRT Kepong Baru.
    Pusat perkhidmatan pelanggan Stesen MRT Kepong Baru.
  • Stesen MRT Kepong Baru pada 21 Januari 2020.
    Stesen MRT Kepong Baru pada 21 Januari 2020.
  • Permandangan dalam jejantas dari Pintu B ke aras legar.
    Permandangan dalam jejantas dari Pintu B ke aras legar.

Rujukan

  1. ^ a b "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  2. ^ MRT Malaysia (2016-09-15). "MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP).]. Youtube. Dicapai pada 2021-12-12.
  3. ^ a b c "Latest Update: MRT 2 Route Map of all Stations (Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya Line)" [Kemas Kini Terkahir: Peta Semua Stesen Laluan MRT2 (Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya)]. chatpropertymalaysia.com (dalam bahasa Inggeris). Chat Property Malaysia. 14 Mei 2015. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  4. ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  5. ^ Shahrizan Salian (4 Oktober 2021). "Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya dibuka November". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-18.
  6. ^ Astro Awani (16 Jun 2022). "Fasa 1 MRT laluan Putrajaya beroperasi hari ini". Astro Awani. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  7. ^ Izzul Ikram (4 Oktober 2021). "Phase 1 of MRT Putrajaya line to open in November, Phase 2 now 93.52% completed" (dalam bahasa Inggeris). The Edge Market Malaysia. Dicapai pada 2021-10-18.
  8. ^ a b "Stesen MRT Kepong Baru" (dalam bahasa Melayu). Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Sdn. Bhd. Dicapai pada 2021-10-18.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ a b "Rapid KL & MRT Feeder Bus Service Info" [Maklumat Perkhidmatan Bas Rapid KL dan Bas Pengantara MRT]. RapidKL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
  10. ^ "Kepong Baru MRT Station" [Stesen MRT Kepong Baru]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
  11. ^ "Bas Pengantara MRT Laluan Putrajaya | Laluan T115 (MRT Kepong Baru — Taman Sri Sinar)". RapidKL (dalam bahasa Inggeris). 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  • l
  • b
  • s
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • B1
11 Laluan Shah Alam
  • Bandar Utama
  • Kayu Ara
  • BU 11
  • Tropicana
  • Damansara Idaman
  • SS 7
  • Glenmarie 2
  • Temasya
  • Kerjaya
  • Stadium Shah Alam
  • Persiaran Hishamuddin (dibatalkan)
  • Dato' Menteri
  • Raja Muda
  • UiTM Shah Alam
  • Seksyen 7 Shah Alam
  • Bukit Raja Selatan
  • Bandar Baru Klang
  • Pasar Klang
  • Jalan Meru
  • Pasar Jawa
  • Taman Selatan
  • Seri Andalas
  • Klang Jaya
  • Bandar Bukit Tinggi
  • Bandar Botanik
  • Johan Setia
13 Laluan MRT Lingkaran
  • Bukit Kiara Selatan
  • Bukit Kiara (simpanan)
  • Sri Hartamas
  • Mont Kiara
  • Bukit Segambut
  • Taman Sri Sinar
  • Dutamas
  • Jalan Kuching
  • Titiwangsa
  • Kampung Puah
  • Jalan Langkawi
  • Danau Kota
  • Setapak
  • Rejang
  • Setiawangsa
  • AU2
  • Taman Hillview
  • Tasik Ampang
  • Kampung Pandan
  • Pandan Indah
  • Taman Kencana
  • Taman Cheras
  • Taman Midah
  • Jalan Yaacob Latif
  • Sri Permaisuri
  • Salak Selatan
  • Salak Jaya (simpanan)
  • Kuchai
  • Jalan Klang Lama
  • Pantai Dalam
  • Pantai Permai
  • Universiti
  • Universiti Malaya
Stesen ditandakan dalam condong masih dalam pembinaan, belum dibuka, atau dalam perancangan.