Stesen LRT Dang Wangi

دڠ واڠيcode: ms is deprecated
LokasiStesen Dang Wangi, Jalan Ampang, 50300 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, MalaysiaKoordinat3°9′24″N 101°42′6″E / 3.15667°N 101.70167°E / 3.15667; 101.70167Koordinat: 3°9′24″N 101°42′6″E / 3.15667°N 101.70167°E / 3.15667; 101.70167Dimiliki olehPrasarana MalaysiaLaluan5 Laluan Kelana JayaPlatform1Trek2Sambunganstesen sambungan  MR8  Bukit Nanas

Pengangkutan bas Rapid Bus: BET7, 300, 303

Pengangkutan bas Bas GoKL: BiruPembinaanJenis strukturBawah tanahTemplat letak kenderaanTiadaKemudahan basikalTiadaKemudahan OKUYa Akses OKUMaklumat lainKod stesen KJ12 SejarahDibuka1 Jun 1999Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
LokasiMap

Stesen LRT Dang Wangi ialah stesen LRT yang terletak di timur laut pusat bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia, sebagai sebahagian 5 Laluan Kelana Jaya (dahulunya dikenali sebagai PUTRA). Namanya berasal dari Jalan Dang Wangi yang bersimpang dengan Jalan Ampang 100 meter ke selatan. Stesen ini berdekatan dengan Menara Kuala Lumpur. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebahagian daripada segmen kedua aliran ini yang melalui 12 stesen antara stesen Masjid Jamek dan stesen Gombak (tidak termasuk stesen Sri Rampai).[1]

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di timur laut bandar lama Kuala Lumpur sepanjang Jalan Ampang, berhadapan Bukit Nanas dan berdekatan tebing selatan Sungai Klang. Stesen ini terletak berhampiran persimpangan Jalan Sultan Ismail E12 Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH). Terdapat berbagai-bagai bangunan pejabat di sekitar stesen seperti Menara DBKL 3 Bandar Wawasan, Kompleks Wilayah, Menara Alliance Bank, Menara Bangkok Bank, Wisma TKT, Menara Sunway dan Menara Safuan. Juga terletak berdekatan dengan stesen ini adalah Hutan Simpan Bukit Nanas, UniKL, Hotel Stripes Kuala Lumpur, pusat membeli-belah LuLu Hypermarket Kuala Lumpur, SMK Convent Bukit Nanas, Hotel The Face Suites dan Hotel Renaissance Kuala Lumpur.

Susunan stesen

G Aras tanah Pintu masuk/keluar , laluan pejalan kaki bertutup ke Monorel Bukit Nanas, perhentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU
B1 Aras legar Pagar akses elektronik, mesin tiket dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
B2
Platform
KJ Arah Utara 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Kampung Baru)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
KJ Arah Selatan 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Masjid Jamek)

Stesen ini adalah stesen bawah tanah dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif.

Pertukaran

Stesen Dangi Wangi terletak 300m barat  MR8  Stesen Bukit Nanas, juga terletak berdekatan Bukit Nanas. Walaupun tidak bersebelahan, namun peta transit rasmi APAD dan RapidKL menunjukkan kedua-dua stesen sebagai satu pertukaran antara Laluan Kelana Jaya dan Monorel Kuala Lumpur.[2] Oleh itu, penumpang yang ingin bertukar laluan di sini harus berjalan di sepanjang Jalan Ampang.

Perkhidmatan Bas

Bas RapidKL laluan BET7, 300 dan 303 berkhidmat di stesen ini. Bas Bandar GoKL laluan Biru juga berkhidmat di stesen ini.

Rujukan

  1. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  2. ^ "Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang - 28 Okt 2018" (PDF). myrapid. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  • l
  • b
  • s