The Shard

The Shard
The Shard pada April 2015, dilihat dari "Sky Garden" di 20 Fenchurch Street
Map
Etimologishard (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Ketinggian yang direkodkan
Tertinggi di Eropahsejak 2011[I]
Didahului olehCommerzbank Tower
Maklumat umum
StatusSiap dibina
JenisPencakar langit, bangunan pejabat Sunting nilai ini di Wikidata
Gaya seni binaNeo-futurism (en) Terjemah
Seni bina teknologi tinggi Sunting nilai ini di Wikidata
Lokasi32 London Bridge Street, Southwark, London, United Kingdom
NegaraUnited Kingdom Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat51°30′16″N 0°5′12″W Sunting ini di Wikidata
Penyewa terkiniDuff & Phelps (en) Terjemah
Al Jazeera English
Warwick Business School (en) Terjemah
Gallup (en) Terjemah
The Office Group (en) Terjemah
Shangri-La Hotels and Resorts Sunting nilai ini di Wikidata
Pembinaan bermulaMac 2009
Disiapkan padaJulai 2012
Dirasmikan pada1r Februari 2013 dan 5 Julai 2012 Sunting nilai ini di Wikidata
Pembiayaan~ £450 juta[1]
PemilikSellar Property Group (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Maklumat ketinggian
Tinggitinggi seni bina: 306 m
tinggi aras diduduki: 244.3 m Sunting nilai ini di Wikidata
Menara antena309.6 m (1,016 ka)
Bumbung304.1 m (998 ka)
Butiran teknikal
BahanKaca, Bahan komposit, keluli, Konkrit Sunting nilai ini di Wikidata
Bilangan tingkat95 (termasuk Tingkat mekanikal), 72 (boleh diduduki)
Keluasan tingkat1,200,000 ka2 (110,000 m2)
Lif/mesin pengangkat36 Sunting nilai ini di Wikidata
Keluasan permukaan127,000 m² Sunting nilai ini di Wikidata
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekRenzo Piano
PemajuSellar Property Group
Jurutera penstrukturanTurner & Townsend (Pengurus Projek), WSP Cantor Seinuk (Jurutera Struktur), Robert Bird Group (pekerja sementara konkrit) Ischebeck Titan pada kebanyakan tingkat 40+ untuk sokongan konkrit
Jurutera perkhidmatanArup
Kontraktor utamaMace
Tapak web
http://www.theviewfromtheshard.com/ Sunting nilai ini di Wikidata
Facebook: TheShardLondon Twitter: TheShardLondon Instagram: theshardlondon Sunting ini di Wikidata
Rujukan
[2]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Shard atau Shard London Bridge atau Menara London ialah sebuah menara pencakar langit di tengah kota London, England. Berdiri megah setinggi 309,6 meter (1016 kaki) pada 30 Mac 2012. Menara Shard ialah bangunan tertinggi di Eropah dan bangunan kedua tertinggi di United Kingdom selepas menara konkrit di stesen Moor Emley (330 (1,083 kaki)).

Shard menggantikan Southwark Towers, sebuah blok pejabat 24-tingkat di Southwark pada tahun 1975. Renzo Piano, arkitek menara Shard ini, bekerja dengan firma arkitek Broadway Malyan. Menara ini mempunyai 72 tingkat kediaman, dengan 1 dek pemerhati, galeri dan ruang terbuka. The Shard telah direka berbentuk seperti piramid di Mesir dan menggunakan kaca. Menara ini telah siap pada April 2012 dan dirasmikan pada 5 Julai 2012 dan telah dibuka kepada orang ramai pada Februari 2013.

Latar belakang

Shard direka pada tahun 2000 oleh Renzo Piano, arkitek dari Itali yang telah menghasilkan Centre Pompidou Paris dengan kerjasama Richard Rogers dari Britain. Mereka berpangkalan di London. Usahawan Irvine Sellar memutuskan untuk membangunkan semula Southwark Towers, sebuah blok pejabat tahun 1970-an bersebelahan dengan stesen Jambatan London. Mereka terbang ke Berlin pada Mac 2000 untuk berbincang tentang projek tersebut.

Pada Julai 2002, Timbalan Perdana Menteri, John Prescott mendapati pembangunan menara Shard telah ditentang kerana menjejaskan bangunan warisan di sekitarnya tetapi diluluskan akhirnya.

Bangunan Southwark Towers telah dirobohkan untuk memberi laluan untuk pembinaan menara Shard. Pemaju - PJ Holdings plc, Kumpulan Hartanah Sellar, dan CN Bhd mendapat pakej pembiayaan interim sebanyak £ 196,000,000 pada bulan September 2006 daripada Nationwide Society dan Kaupthing Singer & Friedlander. Mereka membeli pajakan Southwark Towers daripada penyewa, PricewaterhouseCoopers.

Pada bulan September 2007 perobohan Southwark Towers bermula. Namun, pergolakan dalam pasaran kewangan menjejaskan projek tersebut. Pada November 2007, kontraktor bangunan Cokmar telah dianugerahkan kontrak untuk membina Shard dengan kos £ 350,000,000 lalu kos melonjak kepada £ 435,000,000 pada Oktober 2008.

Pada April 2008, perobohan Southwark Towers selesai pada 2009.

Seni bina

Arkitek Renzo Piano sukakan bangunan yang langsing dan runcing seperti piramid kerana dapat mengindahkan pemandangan London. Menara gereja selalu dipaparkan lebih tirus. Kepingan kaca bersudut bertujuan untuk mencerminkan cahaya matahari dari langit. Bangunan ini mempunyai 11,000 kepingan kaca.

Berikutan kemusnahan Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada bulan September 2001, arkitek dan jurutera mula menilai semula reka bentuk struktur yang tinggi. Bangunan ini direka untuk mengekalkan kestabilan dalam keadaan yang paling membebankan.

Menara Shard mengandungi ruang pejabat premium, hotel, kediaman mewah, ruang runcit, restoran, galeri tontonan umum lima tingkat, dan spa. galeri tontonan umum terletak di tingkat 72, pada ketinggian 245 meter (804 kaki), dan dijangka menarik lebih dua juta pengunjung setiap tahun pada awal pembukaannya. Bangunan London Bridge Place telah dibina berdekatan. Jambatan ini menggantikan London Bridge House dan mewujudkan Jambatan Quarter London.

Selain menara, terdapat juga rel Jambatan London dan stesen Tube. Pada Mei 2012, pemaju menara Shard berjanji menawarkan 300 peluang pekerjaan dalam menara dan sekitarnya bagi penduduk tempatan yang menganggur.

Rujukan

  1. ^ "How much did the London Shard cost to build?"[pautan mati]
  2. ^ The Shard di Emporis
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
  • VIAF
    • 1
  • WorldCat (melalui VIAF)
Perpustakaan negara
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat