Pertembungan Gaza–Israel 2022

 

Operasi Breaking Dawn
Sebahagian daripada Konflik Gaza–Israel

Pembunuhan bersasar Tayseer Jabari, komandan Jihad Islam Palestin
Tarikh5–7 Ogos 2022
Lokasi
Gaza dan Tebing Barat
Status Gencatan senjata setakat 23:30 (UTC+3), 7 Ogos
Penempur

 Israel

  •  Angkatan Pertahanan Israel
    • Bendera Tentera Udara Israel Tentera Udara Israel

 Genting Gaza

  • Fail:Flag of the Islamic Jihad Movement in Palestine.svg Jihad Islam Palestin (JIP)
Komandan dan pemimpin
Israel Yair Lapid
Israel Benny Gantz
Israel Aviv Kochavi
Ziyad al-Nakhalah
Tayseer Jabari 
Khaled Mansour 
Kerugian dan korban
2 anggota IDF cedera[1]

44 orang Palestin terbunuh, 350 orang awam cedera[2]


Pada 5 Ogos 2022, Israel melancarkan[3] siri serangan udara mengejut di Semenanjung Gaza yang menyasarkan militan dan infrastruktur Jihad Islam Palestin (JIP).[4] Operasi itu, dipanggil Breaking Dawn (Ibrani: עלות השחרcode: he is deprecated ) oleh Angkatan Pertahanan Israel (IDF), dan dijangka berlangsung seminggu,[3] berikutan serbuan pada 1 Ogos ke atas Jenin di Tebing Barat diduduki Israel, di mana tentera Israel menangkap Bassam al-Saadi, seorang pemimpin JIP di situ.[5] Israel menyatakan bahawa serangan udara itu ialah satu "langkah awalan" untuk menggagalkan percubaan JIP untuk membalas dendam terhadap penahanan al-Saadi.[6]

Serangan awal mengakibatkan pembunuhan tersasar terhadap Tayseer Jabari, seorang ketua tentera kumpulan itu.[7][8][9] Pada hari kedua, komander JIP kawasan Selatan Semenanjung, Khaled Mansour, turut menjadi sasaran dan dibunuh. Jihad Islam menyatakan bahawa pengeboman Israel adalah "deklarasi perang" dan bertindak balas dengan tembakan roket balas terhadap Israel.[10]

Operasi itu telah mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 44 rakyat Palestin, termasuk 15 kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan Gaza.[11][12] IDF berkata bahawa "beberapa orang termasuk kanak-kanak" terbunuh akibat kegagalan pelancaran roket Palestin di Jabalia, manakala Al Jazeera melaporkan 4 kanak-kanak terkorban sementara BBC menyatakan bahawa beberapa kanak-kanak mati di lokasi itu, tetapi tidak dapat mengesahkan kenyataan Israel secara bebas.[13][14] [15] [16] Pada 6 Ogos, Israel menangkap 20 orang di Tebing Barat, di mana 19 daripadanya adalah ahli Jihad Islam,[17] dan 20 lagi pada 7 Ogos menurut seorang pegawai Israel yang tidak dinamakan.[18]

Gencatan senjata telah dipersetujui sementara untuk berkuat kuasa mulai 22:00 (19:00 GMT) 7 Ogos 2022. Kedua-dua pihak mengesahkan gencatan senjata pada 23:30 (20:30 GMT).[19]

Latar belakang

Pada 1 Ogos, tentera Israel menangkap Bassem al-Saadi, pemimpin Jihad Islam Palestin di Tebing Barat. Selepas serangan itu, di tengah-tengah ketegangan yang memuncak, jalan raya ditutup di selatan Israel oleh tembok sempadan Israel-Gaza dan pasukan pengukuhan dihantar ke selatan selepas ancaman serangan dari Gaza.[9] Pada 3 Ogos, Khaled al-Batsh, ketua biro politik JIP di Gaza berkata: "Kami mempunyai hak untuk mengebom Israel dengan senjata kami yang paling canggih, dan membuat penjajah membayar harga yang mahal. Kami tidak akan berpuas hati untuk menyerang sekitar Gaza, tetapi kami akan mengebom pusat negara yang dipanggil Negara Israel."[20]

Pada awal 5 Ogos, Tor Wennesland, Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Proses Keamanan Timur Tengah, dilaporkan melawat rumah al-Saadi di Jenin dan bertemu dengan ahli keluarganya sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencegah peningkatan ketegangan antara Israel dan JIP.[21]

Kemudian, Wennesland mengeluarkan kenyataan menyatakan kebimbangan mengenai "eskalasi berterusan antara militan Palestin dan Israel, termasuk pembunuhan yang disasarkan hari ini terhadap seorang pemimpin Jihad Islam Palestin di dalam Gaza. Ini berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang diduduki dalam beberapa minggu kebelakangan ini." dan menyeru semua pihak untuk mencegah ketegangan selanjutnya.[22][23]

Ketika Israel menuju pilihan raya untuk kali kelima dalam tempoh empat tahun, pemimpin sementara Israel, Yair Lapid, mungkin mendapat untung atau rugi daripada peristiwa itu kerana "tidak mempunyai latar belakang keselamatan yang dilihat ramai rakyat Israel sebagai penting bagi kepimpinan mereka."[24] Hamas pula "nampaknya kekal di luar daripada kebakaran semasa ini"[24] dan Israel telah menekankan bahawa operasinya adalah "kempen yang disasarkan terhadap JIP."[25]

Rujukan

  1. ^ Osmo, Liad; Tzuri, Matan; Zitun, Yoav (6 August 2022). "Sderot home sustains direct hit as rocket barrages from Gaza continue". Ynetnews. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2022. Dicapai pada 6 August 2022.
  2. ^ Ibrahim, Arwa (7 August 2022). "Six children among dozens killed as Israel continues Gaza attacks". Al Jazeera. Dicapai pada 7 August 2022.
  3. ^ a b Bethan McKernan, Hazem Balousha, 'Fears of all-out conflict as second Palestinian militant killed in Israeli airstrike,' The Guardian 7 August 2022
  4. ^ Staff, Al Jazeera. "Israeli forces kill Palestinian teenager in raid on Jenin camp". www.aljazeera.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 August 2022. Dicapai pada 6 August 2022.
  5. ^ 'Israeli forces arrest senior Islamic Jihad leader in raid that kills Palestinian youth,' Middle East Eye 1 August 2022.
  6. ^ Shotter, James (5 August 2022). "Israel strikes at Gaza over 'imminent' retaliation threat". Financial Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2022. Dicapai pada 6 August 2022.
  7. ^ "Who was the Palestinian terror chief killed by Israel?". ynetnews. 5 August 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 August 2022. Dicapai pada 5 August 2022.
  8. ^ Ahronheim, Anna (5 August 2022). "Gantz approves draft of over 25,000 reservists after IDF strikes in Gaza". The Jerusalem Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 August 2022. Dicapai pada 5 August 2022.
  9. ^ a b "Israel kills Islamic Jihad army chief in Gaza as IDF declares operation 'Breaking Dawn'". Ynetnews. 5 August 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 August 2022. Dicapai pada 5 August 2022.
  10. ^ Bethan McKernan, Hazem Balousha, 'Israel bombs Gaza Strip for second day in ‘pre-emptive operation,’ The Guardian 6 August 2022.
  11. ^ "Photos: Gaza death toll rises as Israel continues attack". www.aljazeera.com.
  12. ^ Alsaafin, Linah; Hatuqa, Dalia (6 August 2022). "Gaza's sole power plant shut down as Israel launches new attacks". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2022. Dicapai pada 6 August 2022.
  13. ^ "Several children, commander killed in Israeli attack on Gaza". www.aljazeera.com.
  14. ^ "Israel-Gaza: Death toll rises as Israel kills second top militant". BBC News. 7 August 2022.
  15. ^ Fabian, Emanuel; staff, T. O. I. (6 August 2022). "Israel says Gaza terrorists' failed rocket launch kills several Palestinian children". The Times of Israel. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2022. Dicapai pada 7 August 2022.
  16. ^ "Israeli strikes on Gaza kill 10, including senior militant". CNBC. 2022-08-05. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2022. Dicapai pada 2022-08-05.
  17. ^ "Israel pounds Gaza with air strikes, arrests militant suspects in West Bank". France 24. 6 August 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2022. Dicapai pada 6 August 2022.
  18. ^ Shira Rubin; Steve Hendrix; Hazem Balousha (2022-08-07). "Israel kills second militant leader in Gaza; rockets target Jerusalem". The Washington Post. Washington, D.C. ISSN 0190-8286. OCLC 1330888409.
  19. ^ Siddiqui, Arwa Ibrahim,Usaid. "Israel, Islamic Jihad ceasefire begins after deadly Gaza attack". www.aljazeera.com.
  20. ^ KOPLEWITZ, ADI (3 August 2022). "Senior Islamic Jihad official: We will bomb the center of Israel". Jerusalem Post.
  21. ^ "UN envoy Tor Wennesland visits home of arrested PIJ leader in Jenin". The Jerusalem Post. 5 August 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 August 2022. Dicapai pada 6 August 2022.
  22. ^ "Statement by UN Special Coordinator for the Middle East Peace Process, Tor Wennesland, on the situation in the occupied West Bank and Gaza Strip". UNSCO. 5 August 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2022. Dicapai pada 5 August 2022.
  23. ^ "'Restraint and common sense': Reaction to Israel's Gaza attack". Al Jazeera. 5 August 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2022. Dicapai pada 6 August 2022.
  24. ^ a b Goldenberg, Tia; Akram, Fares (6 August 2022). "EXPLAINER: What is driving the current Israel-Gaza violence". AP NEWS. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2022. Dicapai pada 6 August 2022.
  25. ^ Horovitz, David (6 August 2022). "As Islamic Jihad sparks Gaza-Israel conflict, all eyes are on Hamas". The Times of Israel. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2022. Dicapai pada 6 August 2022.
  • Negara
  • Pihak Berkuasa
  • Pertubuhan
Israel
Palestin
Utama
Kumpulan lain
Kumpulan pihak ketiga
Latar
belakang
1920–1948
  • 1920
  • 1921 Rusuhan Yafa
  • 1929 Rusuhan Palestin
    • Pembunuhan beramai-ramai Al-Khalil
  • 1936–1939 Rusuhan Arab
  • 1944–1947 Pemberontakan Yahudi
  • 1947–1948 Perang Saudara
Siri serangan
1948–1970
Pemberontakan
Palestin
1968–1982
  • 1970 Pengeboman bas sekolah Avivim
  • 1972 Penerbangan 571 Sabena / Pembunuhan beramai-ramai di Munich / Pembunuhan Mossad susulan pembunuhan beramai-ramai di Munich (1973 Peristiwa Lillehammer)
  • 1974 Pembunuhan beramai-ramai di Kiryat Shmona / Pembunuhan beramai-ramai di Maalot
  • 1975 Serangan Hotel Savoy
  • 1976 Entebbe
  • 1978 Pembunuhan beramai-ramai di Lebuh Pesisir / Konflik Selatan Lubnan
  • 1980 Krisis tebusan Misgav Am
Siri serangan
1973–1987
  • 1973 Perang Yom Kippur
  • 1975 Pengeboman Dataran Zion
  • 1982 Perang Lubnan
    • Pengepungan Beirut
  • 1983 Epidemik pengsan Tebing Barat
  • 1984 Peristiwa Bas 300
  • 1985 Rampasan Achille Lauro / Operasi "Kaki Kayu"
  • 1987 Malam Para Peluncur
Intifadah Pertama
1987–1991
Intifadah Kedua
2000–2005
  • Serangan roket Palestin ke atas Israel
    • senarai
  • Serangan berani mati Palestin
  • Pembunuhan Israel
  • 2000 Peristiwa Oktober
  • 2001 Santorini
  • 2002 Operasi "Bahtera Nuh" / Operasi "Perisai Pertahanan" / Pertempuran Jenin / Pertempuran Nablus / Operasi "Laluan Tekad"
  • 2003 Serangan udara Ain Al-Sahib
  • 2004 Operasi "Pelangi" / Suruhan Beit Hanoun / "Hari Kesesalan"
Kempen penentangan
orang Palestin
2006–kini
  • 2006 Pertempuran Penjara Ariha
  • 2008 Serangan yesyiva Baitulmaqdis / Serangan jentolak Baitulmaqdis
  • 2009 Krisis Masjid Al-Aqsa
  • 2010 Kempen keganasan terhadap Israel
  • 2015–2016 Konflik Israel-Palestin
  • 2017 Krisis Masjid Al-Aqsa
  • 2021 Krisis Israel-Palestin
  • 2022 Penggempuran Masjid al-Aqsa
Konflik
Gaza–Israel
2006–kini
  • 2006 Letusan pantai Gaza / Rusuhan lintas sempadan Gaza  / Hujan Musim Panas / "Awan Musim Luruh"
  • 2008 Pelanggaran sempadan Gaza–Mesir / Musim Sejuk Hangat
  • 2008–2009 Pertempuran Al-Furqan
  • 2010 Rampasan armada Gaza
  • 2012 Gema Kembali / Batu Lumpur Neraka
  • 2014 Daun Yang Dimakan
  • 2015 Pembebasan Flotila III
  • 2018 Perarakan Pulang Perdana / Pertembungan November
  • 2019 Pertembungan Mei / Pertembungan November
  • 2021 Pedang Al-Quds
  • 2022 Fajar Menyinsing
  • 2023 Perisai dan Panah / Taufan Al-Aqsa
Diplomasi dan proses pendamaian
Garis masa
1948–1991
1990-an
  • 1981–1982 Rancangan Fahd
  • 1991 Persidangan Madrid
  • 1993–1995 Perjanjian Oslo
  • 1994 Protokol Hubungan Ekonomi (Protokol Paris)
  • 1994 Perjanjian Gaza–Jericho
  • 1994–kini Bantuan keselamatan AS kepada Palestin
  • 1997 Protokol Hebron
  • 1998 Memorandum Sungai Wye
  • 1999 Memorandum Sharm El Sheikh
2000-an
  • 2000 Sidang Kemuncak Kem David / Parameter Clinton
  • 2001 Sidang Kemuncak Taba
  • 2002 Penubuhan kuartet
  • 2003 Peta Hala Tuju
  • 2005 Pengunduran Israel dari Gaza
  • 2005 Persetujuan Pergerakan dan Capaian
  • 2006 Inisiatif Lembah Damai
  • 2007 Persidangan Annapolis
2010-an
  • 2010–2011 Rundingan damai Israel-Palestin
  • 2011 Kertas-kertas Palestin
  • 2013–2014 Rundingan damai Israel-Palestin
Israel, Palestin dan PBB