Persekutuan Renang Antarabangsa

  • Renang
  • Terjun
  • Renang berirama
  • Polo air
  • Renang perairan terbuka
Bidang KuasaAntarabangsaDitubuhkan19 Julai 1908; 115 tahun yang lalu (1908-07-19)GabunganASOIFIbu PejabatLausanne, SwitzerlandPresidenJulio Maglionelaman web rasmiwww.fina.org

Persekutuan Renang Antarabangsa (Fédération Internationale de Natation, FINA) ialah pertubuhan antarabangsa bagi sukan renang dan acara-acara berkaitan. Organisasi ini diperakui oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).[1] Selain renang, FINA juga merupakan pertubuhan antarabangsa bagi polo air, terjun, renang berirama, dan renang perairan terbuka. Ibu pejabat FINA berada di bandar Lausanne, Switzerland. Sebarang pertubuhan sukan renang, renang perairan terbuka, terjun, polo air, dan renang berirama kebangsaan/wilayah berhak menjadi anggota FINA.

Selain mengadakan kejohanan antarabangsa dan tempatan, FINA juga giat dalam memajukan sukan renang di seluruh dunia dengan menambah jumlah prasarana sukan renang. FINA bertugas dalam menggubal peraturan antarabangsa bagi sukan renang, renang perairan terbuka, terjun, polo air dan renang berirama.[2]

Rujukan

  1. ^ "International Sports Federations". The International Olympic Committee. Dicapai pada 2009-02-07.
  2. ^ "FINA Constitution". FINA. Dicapai pada 2009-02-07.


Pautan luar

  • Laman web rasmi FINA