Pemalar graviti

Pemalar graviti, G merupakan kunci kepada hukum graviti semesta Newton.

Pemalar graviti (diwakili dengan simbol G) merupakan suatu pemalar fizikal empirik yang digunakan dalam pengiraan daya graviti antara dua jasad. Ia biasanya muncul dalam hukum graviti semesta Newton dan teori kerelatifan am Einstein.

Pemalar ini juga dikenali sebagai pemalar graviti semesta, pemalar Newton atau G besar.[1] Ia juga seharusnya tidak dikelirukan dengan "g kecil" (g) yang merujuk kepada medan graviti tempatan (setara dengan pecutan jatuh bebas)[2] terutamanya di permukaan Bumi.

Hukum dan pemalar

Menurut hukum graviti semesta, daya tarikan (F) antara dua jasad adalah berkadaran kepada hasil darab jisimnya (m1 dan m2) dan berkadar songsang dengan kuasa dua jarak, r, (hukum kuasa dua songsang) antara mereka:

F = G m 1 m 2 r 2   {\displaystyle F=G{\frac {m_{1}m_{2}}{r^{2}}}\ }

dimana pemalar perkadaran, G, adalah pemalar graviti.

Pemalar graviti adalah pemalar fizikal yang sukar diukur dengan ketepatan yang tinggi.[3] Dalam unit SI, nilai yang disarankan oleh CODATA tahun 2010 bagi pemalar graviti (dengan ketakpastian piawai dalam kurungan) ialah:[4]

G = 6.67384 ( 80 ) × 10 11   m 3   kg 1   s 2 = 6.67384 ( 80 ) × 10 11   N ( m / k g ) 2 {\displaystyle G=6.67384(80)\times 10^{-11}\ {\mbox{m}}^{3}\ {\mbox{kg}}^{-1}\ {\mbox{s}}^{-2}=6.67384(80)\times 10^{-11}\ {\rm {N}}\,{\rm {(m/kg)^{2}}}}

dengan ketakpastian piawai relatif 6996120000000000000♠1.2×10−4.[4]

Lihat juga

  • Pemalar kosmologi
  • Pemalar graviti kuat
  • Pemalar gandingan graviti

Lampiran

Nota

  1. ^ "University of Washington Big G Measurement". Bahagian Sains Astrofizik. Goddard Space Flight Center. 2002-12-23. Sejak Cavendish pertama kali mengukur pemalar graviti Newton 200 tahun dahulu, "G Besar" tetap menjadi salah satu pemalar yang paling sukar difahami dalam fizik. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ Fundamentals of Physics. 1935. m/s. 336. ISBN 978-0-470-04618-0. |first= missing |last= (bantuan)
  3. ^ George T. Gillies (1997), "The Newtonian gravitational constant: recent measurements and related studies", Laporan Kemajuan dalam Fizik, 60 (2): 151–225, Bibcode:1997RPPh...60..151G, doi:10.1088/0034-4885/60/2/001. Suatu kajian yang panjang dan terperinci. Lihat Rajah 1 dan Jadual 2 khususnya.
  4. ^ a b P.J. Mohr, B.N. Taylor, and D.B. Newell (2011), "The 2010 CODATA Recommended Values of the Fundamental Physical Constants" (Versi Web 6.0). Pangkalan data ini dibangunkan oleh J. Baker, M. Douma dan S. Kotochigova. Disediakan oleh: http://physics.nist.gov/constants [Khamis, 2 Jun 2011 21:00:12 EDT]. Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan, Gaithersburg, MD 20899.

Rujukan

  • E. Myles Standish. "Report of the IAU WGAS Sub-group on Numerical Standards". In Highlights of Astronomy, I. Appenzeller, ed. Dordrecht: Kluwer Academic Publishers, 1995. (Laporan lengkap dalam talian: PostScript Diarkibkan 2006-02-08 di Wayback Machine; PDF Diarkibkan 2012-09-07 di Wayback Machine. Jadual daripada laporan juga boleh didapati di Parameter dan Pemalar Astrodinamik)
  • Jens H. Gundlach; Stephen M. Merkowitz (2000), "Measurement of Newton's Constant Using a Torsion Balance with Angular Acceleration Feedback", Surat Kajian Fizikal, 85 (14): 2869–2872, arXiv:gr-qc/0006043, Bibcode:2000PhRvL..85.2869G, doi:10.1103/PhysRevLett.85.2869, PMID 11005956

Pautan luar

  • Pemalar graviti Newton G di Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan
  • Rujukan mengenai pemalar, unit dan ketakpastian
  • Kontroversi tentang pemalar graviti Newton Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine — komentar tambahan mengenai masalah ukuran
  • Pemalar Graviti Diarkibkan 2008-12-17 di Wayback Machine
Portal:
  • icon Fizik
  • l
  • b
  • s