Pancetta

Pancetta gulung
Panceta salai gulung
Piza dibubuh hirisan panceta gulung dan capocollo (pancetta coppata)

Pancetta [panˈt͡ʃetːta, pan-cét-ta] ialah sejenis dendeng khinzir dari Itali yang dibuat menggunakan daging perut khinzir yang diawetgaramkan. Panceta selalunya, di Itali, digunakan untuk menambah rasa ke dalam sup dan pasta.[1]

Kegunaan

Jika digunakan dalam masakan, ia selalunya dipotong dalam bentuk dadu (cubetti di pancetta).[2] Di Itali, daging ini biasanya dimasak dahulu sebelum dihidang sejuk, dipotong halus dan dimakan begitu sahaja. Ia juga boleh digunakan dalam pasta carbonara, namun guanciale (sejenis potongan daging yang diperbuat daripada pipi khinzir) lebih dipakai secara tradisional.[3]

Jenis

Dua jenis pancetta yang asas ialah arrotolata (gulung) dan stesa (leper). Arrotolata, yang diasinkan, biasanya dihiris menjadi kepingan nipis dan dimakan mentah sebagai antipasto ataupun sebagai bahan dalam sandwic; stesa biasanya dipotong untuk dijadikan bahan masakan dalam pelbagai resipi, atau dipotong menjadi kepingan tebal, lalu dipanggang. Ada versi arrotolata di mana capicola diletak di tengah-tengah gulung pancetta (pancetta coppata).

Jenis yang bergulung biasa didapati di utara Itali,[4] manakala yang leper boleh didapati di tengah dan selatan Itali.[5]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Andrea Tibaldi. "Bacon (pancetta affumicata)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-12. Dicapai pada 2019-03-25.
  2. ^ Two Greedy Italians – Bucatini all'amatriciana. 29 July 2014.
  3. ^ Carnacina, Luigi; Veronelli, Luigi (1977). "Vol. 2, Italia Centrale". La cucina Rustica Regionale. Rizzoli. OCLC 797623404. republication of La Buona Vera Cucina Italiana, 1966.
  4. ^ "DOP – Pancetta Piacentina". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-08. Dicapai pada 2019-03-25. (in Italian).
  5. ^ "DOP – Pancetta di Calabria". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-26. Dicapai pada 2019-03-25. (in Italian).

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Pancetta di Wikimedia Commons
  • l
  • b
  • s
Lemak dan minyak boleh dimakan
Lemak
Berasaskan babi
  • Lemak bakon
  • Fatback
    • Lardo
    • Salo
    • Babi garam
    • Szalonna
  • Lemak babi
  • Lardon
  • Perut babi
    • Pancetta
    • Tocino
  • Speck
Berasaskan
lembu/kambing
  • Lemak gajih
  • Suet
  • Tallow
  • Lemak ekor
Berasaskan
tenusu
  • Mentega
  • Mentega jernihan
    • Minyak sapi
    • Niter kibbeh
    • Smen
Berasaskan
ayam itik
  • Lemak ayam
  • Lemak itik
  • Schmaltz
Lemak haiwan lain
Lemak sayuran
Minyak
Minyak ikan
  • Minyak hati kod
  • Minyak hati jerung
Minyak sayuran
Minyak utama
Minyak kekacang
  • Minyak badam
  • Minyak argan
  • Minyak gajus
  • minyak kacang hazel
  • Minyak makadamia
  • Minyak kacang mongongo
  • Minyak marula
  • Minyak pekan
  • Minyak kacang pain
  • Minyak pistachio
  • Minyak Walnut
Minyak biji
dan buah
Lihat juga
Senarai minyak sayuran
Minyak masak
Minyak pati