Lapangan Terbang Eindhoven AB

RumusanJenis lapangan terbangAwam/Tentera[1]DestinasiEindhovenLokasiEindhoven, BelandaKetinggian AMSL22.56 m / 74.02 kakiKoordinatLatitude N51* 27.0000', Longtitude E05* 22.4667'Laman sesawanghttp://www.eindhovenairport.com/en/Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
03/21 2,606 8,551 Asfalt


Lapangan Terbang Eindhoven AB (IATA: EINICAO: EHEH) adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di bandar Eindhoven, Belanda.

Lapangan Terbang Eindhoven AB terletak pada kedudukan latitude N51* 27.0000', longtitude E05* 22.4667' pada ketinggian 22.56 meter dari aras laut.

Akses

Kereta

Lapangan terbang ini boleh diakses dari Lebuhraya A2 (Persimpangan 29) yang menghubungkan Eindhoven, Maastricht dan 's-Hertogenbosch (Den Bosch). Lebuh-lebuh raya lain seperti A67 yang menghubungkan Antwerp dan Venlo, A58 dari Tilburg dan A50 dari Nijmegen yang bersambung dengan Lebuhraya A2, membolehkan lapangan terbang ini mempunyai akses ke seluruh bandar utama Belanda dan Belgium.

Bas

AirExpressBus menyediakan perkhidmatan satu aliran ke Eindhoven, Den Bosch, Utrecht, dan Amsterdam. Perjalanan ke Amsterdam mengambil masa 1 jam 30 minit. Syarikat bas yang sama juga mengadakan perkhidmatan ulang-alik antara Turnhout, Antwerp dan lapangan terbang.[2]

Teksi

Perkhidmatan teksi yang berdaftar dengan lapangan terbang disediakan oleh Taxicompany Cibatax, Conexxion Taxi Services dan Jansen Taxi. Perjalanan ke Eindhoven biasanya mengambil masa 15 hingga 20 minit.[3]

Rujukan

  1. ^ Kegunaan, Capaian pada 16 Julai 2014
  2. ^ http://www.eindhovenairport.com/en/accessibility/other-bus-services/
  3. ^ http://www.eindhovenairport.com/en/accessibility/by-taxi/

Pautan luar

  • The Owl's Nest - Welcome to the Military Aircraft Reference
  • Carian di Google
  • Gambar di Google.
  • Peta akses ke Lapangan Terbang Diarkibkan 2014-09-12 di Wayback Machine(Belanda)