Hukum Charles

Animasi menunjukkan perkaitan antara suhu gas dan isi padu gas.

Hukum Charles ialah sejenis hukum gas dalam fizik yang menghuraikan pengembangan isi padu gas apabila dipanaskan. Hukum ini dinamakan smepena Jacques Charles yang menghuraikan rumus asal dalam rencananya yang tidak diterbitkan.

Huraian

Hukum Charles menyatakan bahawa suhu mutlak (suhu dalam unit Kelvin) adalah berkadar terus dengan isi padu gas apabila tekanan gas dimalarkan.[1]

Penjelasan di atas boleh ditulis dalam persamaan berikut:

V T , {\displaystyle V\propto T,}

atau

V T = k , {\displaystyle {\frac {V}{T}}=k,}

dengan:

  • V ialah isi padu gas,
  • T ialah suhu mutlak gas, dan,
  • k ialah pemalar.

Dalam perbandingan dua keadaan gas, hukum ini boleh diguna pakai seperti yang berikut:

V 1 T 1 = V 2 T 2 atau V 1 T 2 = V 2 T 1 {\displaystyle {\ce {{\frac {V_{1}}{T_{1}}}={\frac {V_{2}}{T_{2}}}\quad {atau}\quad V_{1}T_{2}=V_{2}T_{1}.}}}

Lihat juga

  • Hukum-hukum gas lain
    • Hukum Boyle
    • Hukum Gay-Lussac
    • Hukum Avogadro

Rujukan

  1. ^ Fullick, P. (1994), Physics, Heinemann, m/s. 141–42, ISBN 978-0-435-57078-1.

Pautan luar

  • (Inggeris) Kalkulator pengiraan hukum Charles oleh EngineeringUnits
  • l
  • b
  • s