Hakone

Hakone
箱根町
Pekan
Pemandangan Hakone dan Tasik Ashi dari Gunung Hakone Komagatake
Pemandangan Hakone dan Tasik Ashi dari Gunung Hakone Komagatake
Bendera Hakone
Mohor rasmi Hakone
Kedudukan Hakone di wilayah Kanagawa
Kedudukan Hakone di wilayah Kanagawa
NegaraJepun
KawasanKantō
WilayahKanagawa
DaerahAshigarashimo
Pentadbiran
 • Datuk BandarNobuo Yamaguchi
Keluasan
 • Jumlah92.86 km2 (35.85 batu persegi)
Penduduk
 (1 Oktober 2015)[1]
 • Jumlah11,786
 • Kepadatan127/km2 (330/batu persegi)
Zon waktuWaktu Piawai Jepun (UTC+9)
- PokokYamazakura (Prunus jamasakura)
- BungaHakonebara (Ros microphylla hirtura)
- BurungBurung belatuk
Nombor telefon0460-85-7111
Alamat256 Yumoto, Hakone-machi, Ashigarashimo-gun, Kanagawa-ken 250-0398
Laman sesawangPekan Hakone
Dewan Pekan Hakone
Gunung Fuji dari Gunung Kami di Taman Negara Fuji-Hakone-Izu.

Hakone (箱根町, Hakone-machi) ialah sebuah pekan di daerah Ashigarashimo di Wilayah Kanagawa, Jepun. Sehingga Jun 2012, Hakone mepunyai penduduk seramai 13,492 dengan kepadatan 145 orang per km². Luas kawasan Hakone ialah 92.86 km².[2]

Geografi

Hakone terletak di barat pergunungan "Hakone Pass". Kebanyakan kawasan bandar terletak dalam lingkungan Taman Negara Fuji-Hakone-Izu yang berpusat di sekitar Tasik Ashi.

Kawasan perbandaran jiran

  • Wilayah Kanagawa
    • Odawara
    • Yugawara
    • Minami-ashigara
  • Wilayah Shizuoka
    • Gotemba
    • Susono
    • Mishima
    • Oyama
    • Kannami

Sejarah

Hakone adalah lokasi yang dicatat oleh kuil Shinto sebagai Hakone Gongen dalam sastera Heian. Semasa Perang Gempei, Minamoto no Yoritomo berdoa di makam ini agar kemenangan ke atas musuh-musuhnya selepas Pertempuran Ishibashiyama. Selepas tempoh Edo, Hakone-juku dijadikan stesen pos bagi lebuh raya Tōkaidō, dari Edo ke Kyoto. Pos Hakone (箱根关所 Hakone sekisho) menjadi sempadan rantau Kanto. Di bawah keshogunan Tokugawa, semua pelancong yang memasuki dan meninggalkan Edo mestilah berhenti di sini dan permit perjalanan mereka serta bagasi akan diperiksa.

Selepas pemulihan Meiji, Hakone menjadi sebahagian daripada wilayah Ashigara dan menjadi sebahagian daerah Ashigarashimo di wilayah Kanagawa pada Ogos 1876. Hakone mencapai status pekan pada tahun 1889. Selepas penggabungan dengan lima pekan dan kampung pada bulan September 1956, sempadannya menjadi seperti sekarang.

Ekonomi

Ekonomi Hakone amat bergantung kepada industri pelancongan. Hakone terkenal dengan resort musim bunga panas dan ramai pelancong datang mendaki dan melihat keindahan Gunung Fuji. Ini termasuklah menyaksikan kawasan gunung berapi aktif, geiser Owakudani, Tokong Hakone di pantai tasik, serta Taman Botani Hakone Tanah Paya. Pada bulan April, bunga sakura dan miscanthus sinensis (susuki) pada musim luruh mengindahkan pemandangan. Hakone mempunyai beberapa muzium seni, termasuk Muzium Hakone Open-Air dan Muzium Seni Pola.

Antara acara utama ialah Hakone Ekiden untuk memperingati jalan Tōkaidō. Hotel terkenal di sini ialah Hotel Hakone Fujiya di Miyanoshita. Ia pernah dikunjungi oleh kenamaan asing pada zaman Meiji, Taisho dan zaman Showa.

Dalam siri anime Neon Genesis Evangelion, Hakone dinamakan "Tokyo-3" di samping Gunung Hakone.

Pengangkutan

Keretapi

  • Kereta api Hakone Tozan
  • Kereta Kabel Hakone Tozan
  • Ropeway Hakone
  • Kereta api Izuhakone

Cara terbaik dalam pergi ke Hakone ialah dari Odawara dan Mishima di perhentian Odawara Odakyu Line, 70 minit dari Shinjuku, Tokyo. Dari Odawara, Aliran Hakone Tozan terus ke pelbagai bandar-bandar peranginan di Hakone. Odakyu juga bersambung dengan Shinjuku dan Hakone-Yumoto. Dari Gora di perhentian Talian Tozan Hakone, kereta kabel funikular Hakone Tozan pergi ke Sounzan. Owakudani boleh dicapai oleh Hakone Ropeway dari Sounzan dan tasik. Manakala tasik pula dihiasi oleh kapal pelancong ala "lanun". Terdapat juga kereta kabel Hakone Komagatake yang pergi puncak Gunung Komagatake.

Pas percuma Hakone membenarkan penggunaan tanpa had pengangkutan selama beberapa hari. Pas ini boleh dibeli di Shinjuku, Odawara dan beberapa stesen lain.

Bandar kembar

Galeri

  • Torii sebuah tokong di Tasik Ashi, Hakone
    Torii sebuah tokong di Tasik Ashi, Hakone
  • Yumoto Onsen pada zaman Meiji
    Yumoto Onsen pada zaman Meiji
  • Festival musim panas di Hakone yang disertakan degan bunga api berbentuk kanji 大 (dai) serta bunga api
    Festival musim panas di Hakone yang disertakan degan bunga api berbentuk kanji 大 (dai) serta bunga api
  • Tasik Ashi
    Tasik Ashi

Rujukan

  1. ^ "人口" (PDF). Laman rasmi Hakone (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 8 Julai 2018.
  2. ^ "土地・気象" (PDF). Laman rasmi Hakone (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 8 Julai 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar

  • Laman rasmi Hakone (Jepun)
  • Media berkenaan Hakone di Wikimedia Commons
  • l
  • b
  • s
Yokohama (ibu wilayah)
Wad-wad Yokohama
  • Aoba
  • Asahi
  • Hodogaya
  • Isogo
  • Izumi
  • Kanagawa
  • Kanazawa
  • Kōhoku
  • Kōnan
  • Midori
  • Minami
  • Naka
  • Nishi
  • Sakae
  • Seya
  • Totsuka
  • Tsurumi
  • Tsuzuki
Flag of Kanagawa Prefecture
Wad-wad Kawasaki
  • Asao
  • Kawasaki
  • Miyamae
  • Nakahara
  • Saiwai
  • Takatsu
  • Tama
Wad-wad Sagamihara
  • Chūō
  • Midori
  • Minami
Bandar utama
Bandar-bandar istimewa
  • Atsugi
  • Chigasaki
  • Hiratsuka
  • Odawara
  • Yamato
Bandar-bandar
  • Ayase
  • Ebina
  • Fujisawa
  • Hadano
  • Isehara
  • Kamakura
  • Minamiashigara
  • Miura
  • Zama
  • Zushi
Daerah Aikō
Daerah Ashigarakami
Daerah Ashigarashimo
Daerah Kōza
Daerah Miura
Daerah Naka