F-117 Nighthawk

F-117 Nighthawk
Peranan Pesawat penyerang halimunan[1]
Negara pengeluar Amerika Syarikat
Pengeluar Lockheed Skunk Works
Lockheed Martin
Penerbangan sulung 18 Jun 1981
Mula digunakan Oktober 1983
Dihentikan 22 April 2008[2]
Status Dibersarakan
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Jumlah dibina 64 buah (5 YF-117A, 59 F-117A)
Kos seunit AS$ 42.6 juta (kos terbang)
AS$ 111.2 juta (termasuk kos pembangunan)[3]
Dibangunkan dari Lockheed Have Blue

F-117 Nighthawk adalah sebuah pesawat halimunan serangan darat yang pernah dioperasikan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat. Pesawat yang direka dan dibina oleh firma Lockheed ini telah membuat penerbangan sulung pada 1981, dan mencapai status Keupayaan Operasi Awal pada Oktober 1983.[1] F-117A telah diiktiraf dan didedahkan kepada dunia pada November 1988.[4]

Sebagai produk Skunk Works dan pembangunan berdasarkan prototaip Have Blue, pesawat ini menjadi pesawat operasi pertama yang direkabentuk berdasarkan teknologi halimunan. Pesawat F-117A telah mendapat perhatian yang meluas semasa Perang Teluk pada tahun 1991.

Pihak Tentera Udara A.S telah menghentikan penggunaan pesawat F-117 pada 22 April 2008,[2] disebabkan oleh kemungkinan perolehan dan aturgerak pesawat-pesawat F-22 Raptor[5][6] dan F-35 Lightning II yang lebih cekap.

Rekabentuk

Mempunyai saiz menyamai pesawat F-15C Eagle, pesawat satu tempat duduk F-117A dijanakuasa oleh 2 enjin turbofan tanpa-lepas-bakar General Electric F404, dan memiliki sistem kawalan penerbangan fly-by-wire. Pesawat ini juga berupaya untuk melakukan pengisian minyak di udara. Bagi mengurangkan kos pembangunan, sistem avionik, sistem fly-by-wire, dan komponen-komponen lain berasal daripada F-16 Fighting Falcon, F/A-18 Hornet dan F-15E Strike Eagle. Pada asalnya komponen-komponen ini ditafsirkan sebagai alat ganti bagi pesawat-pesawat tersebut untuk menjaga kerahsiaan projek F-117.[perlu rujukan]

Antara ciri-ciri bagi sebuah pesawat halimunan adalah kuasa tujahan enjin lebih rendah, disebabkan pengecilan ruang masuk dan keluar, kadar aspek sayap yang sangat rendah, dan sudut landai yang tinggi (50°) diperlukan bagi memesongkan gelombang radar pada permukaannya.[7]

F-117A dilengkapi dengan sistem navigasi dan serangan yang canggih yang disepadukan dalam sut digital avioniknya. Ia tidak dipasang dengan radar, yang mana menurunkan pengeluaran haba dan ciri rentasan pesawat. Pemanduan pesawat ini berdasarkan GPS dan sistem navigasi inersia berketepatan tinggi. Misi-misi dilaksanakn dengan menggunakan sistem perancangan automatik yang mana secara automatik akan melaksanakan segala aspek misi serangan, termasuk melancarkan senjata. Sasaran diperolehi dengan menggunakan sistem pengimejan haba inframerah, bersama-sama laser yang mana akan mendapatkan jarak dan menandakan sasaran untuk bom panduan laser.

Ruang dalaman berasingan dalam F-117A boleh membawa persenjataan sehingga 5,000 lb (2,300 kg). Senjata-senjata yang dibawa biasanya adalah 2 GBU-10, GBU-12, atau bom panduan laser GBU-27, 2 bom pemusnah kubu BLU-109, atau 2 Joint Direct Attack Munition (JDAM), bom pelancaran jauh panduan GPS/INS.

Spesifikasi

An orthographically projected diagram of the F-117A Nighthawk
An orthographically projected diagram of the F-117A Nighthawk
Pesawat F-117 melakukan latihan pengeboman menggunakan peluru, bom panduan laser GBU-27.

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 69 kaki 9 in (20.08 m)
  • Rentang sayap: 43 kaki 4 in (13.20 m)
  • Tinggi: 12 kaki 9.5 in (3.78 m)
  • Sayap luas: 780 kaki² (73 m²)
  • Berat kosong: 29,500 lb (13,380 kg)
  • Berat berisi: 52,500 lb (23,800 kg)
  • Loji kuasa: 2× General Electric F404-F1D2 turbofan, 10,600 lbf (48.0 kN) setiap satu

Prestasi

Persenjataan

  • 2× ruang persenjataan dalaman dengan satu tenggekan setiap satu (kesemuanya 2 senjata) yang dipasang untuk membawa:
    • Bom:
      • Bom pemusnah kubu BLU-109
      • Bom panduan laser GBU-10 Paveway II
      • Bom panduan laser GBU-12 Paveway II
      • Bom panduan laser GBU-27 Paveway III
      • Senjata panduan INS/GPS JDAM

Lihat juga

  • Facetmobile

Pembangunan berkaitan

  • Have Blue
  • Sea Shadow

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

  • Senarai pesawat Lockheed

Rujukan

  1. ^ a b Lembaran fakta F-117A Nighthawk, TUAS, Oktober 2007. Retrieved 19 Mac 2008.
  2. ^ a b Pae, Peter. "Stealth fighters fly off the radar", Los Angeles Times, 23 April 2008. Retrieved: 27 April 2008.
  3. ^ Aronstein, David C. (1997). HAVE BLUE dan F-117A. AIAA. m/s. pp. 267. ISBN 1-56347-245-7. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); |pages= has extra text (bantuan)
  4. ^ Cunningham, Jim. "Cracks in the Black Dike, Secrecy, the Media and the F-117A." Diarkibkan 2016-12-31 di Wayback Machine Jurnal Kuasa Udara dan Angkasa, Musim luruh 1991. Retrieved: 19 Mac 2008.
  5. ^ "F-117: Sejarah panjang akan berakhir", Air Force Print News, 28 Oktober 2006.
  6. ^ Shea, Christopher. you see it..., Boston Globe, 4 Februari 2007. Retrieved: 17 Mac 2008.
  7. ^ Sweetman, Bill. "Persenjataan bukan konvensional." Diarkibkan 2012-07-19 di archive.today Udara & Angkasa, Disember 2007/Januari 2008. Retrieved: 19 Mac 2008.
  8. ^ Goebel, Greg. . Pembangunan F-117 . Air Vectors, 1 Februari 2003. Retrieved: 12 Jun 2007.

Pautan luar

  • Lembaran fakta F-117A Nighthawk Tentera Udara A.S
  • Sayap Pejuang ke-49 di Pangkalan Tentera Udara Holloman
  • F-117A.com - Laman web "Black Jet"
  • Artikel F-117 dan artikel pesawat halimunan di laman web Centennial of Flight
  • F-117A Nighthawk di laman web AirAttack.com
  • F-117A Nighthawk di laman web FAS.org
  • Lockheed F-117 Stealth Fighter di laman web Vectorsite.net
  • "Menutupi ruang halimunan," di udara dan angkasa Diarkibkan 2015-09-28 di Wayback Machine
  • "Rahsia Halimunan" di laman web Discovery Military Channel
  • Plot radar Austria di laman web acig.org
  • CNN - Pesawat A.S. ditembak jatuh, juruterbang diselamatkan - 27 Mac, 1999
  • F-117 terhempas di pameran udara di Baltimore, 1997
  • (Jerman) Artikel Austria berkenaan pemintasan pesawat F-117
  • Rakaman dari kokpit F-117 yang ditembak jatuh semasa pengeboman NATO ke atas Republik Persekutuan Yugoslavia pada 1999.
  • l
  • b
  • s
Pesawat yang dikeluarkan oleh Lockheed
Pengangkut Awam
dan Penerbangan
Vega  · Electra  · Electra Junior  · Super Electra  · Lodestar  · Constellation  · Saturn  · Electra  · L-402  · JetStar  · L-1011
Pengangkut Tentera
C-64  · C-121  · R6V · C-130/C-130J  · C-141  · C-5  · TriStar
Ujian/Prototaip
NF-104A  · XFV  · XF-90  · XF-104  · XH-51  · XP-49  · XP-58  · XV-4  · YP-24
Pejuang
P-38  · P/F-80  · F-94  · F-104  · F-16  · F-117  · F-22  · F-35
Helikopter
XH-51  · AH-56
Peronda
Hudson  · PV  · P-2  · P-3  · S-3  · CP-140
Pengawasan
U-2  · A-12  · SR-71
Latihan
T-33  · T2V/T-1
  • l
  • b
  • s
Sistem pengenalan pesawat pejuang bagi ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Amerika Syarikat selepas tahun 1962

F-1  • F-2  • F-3  • F-4  • F-5  • F-6  • F-7  • F-8  • F-9  • F-10  • F-11  • YF-12  • (F-13 tidak digunakan)  • F-14  • F-15  • F-16  • YF-17  • F/A-18  • (F-19 tidak digunakan)  • F-20  • F-21  • F-22  • YF-23  • (F-24 hingga F-34 tidak digunakan)  • F-35

Lihat juga: F-19  • F-117  • Senarai sebelum tahun 1962
  • l
  • b
  • s
Senarai berkaitan dengan penerbangan
Umum
Garis masa penerbangan · Pesawat (pengeluar) · Enjin pesawat (pengeluar) · Lapangan terbang · Syarikat penerbangan
Ketenteraan
Kemalangan/Kejadian
Umum · Tentera · Komersil (syarikat penerbangan) · Kematian
Rekod
Kelajuan udara · Jarak · Ketinggian · Ujian ketahanan · Pesawat paling banyak dikeluarkan
Istilah-istilah penerbangan