Elina Nechayeva

  • Opera
  • Pop operatik
  • classical crossover
PekerjaanSopranoInstrumenVokalTahun aktif2009–kini

Elina Nechayeva (Estonia: Elina Netšajevacode: et is deprecated ; lahir 10 November 1991) merupakan seorang penyanyi soprano Estonia. Beliau telah mewakili Estonia dalam Eurovision Song Contest 2018 di Lisbon, Portugal, menerusi lagu "La forza".

Kerjaya

Pada tahun 2009, Nechayeva telah muncul buat pertama kali dalam Eesti otsib superstaari (musim ketiga), namun telah tersingkir di pusingan awal. Beliuau merupakan pelajar Sekolah Perancis Tallinn yang menamatkan pelajarannya pada tahun 2011.[1] Beliau kemudiannya menyertai pertandingan Klassikatähed 2014 dan berjaya menjadi salah seorang daripada tiga orang peserta akhir.[1] Pada tahun 2016, beliau telah tamat belajar di Akademi Muzik dan Teater Estonia dalam bidang nyanyian klasik.[2] Nechayeva bersama-sama dengan Marko Reikop telah menjadi hos kepada semi-final Eesti Laul 2017. Pada 3 Mac 2018, Nechayeva memenangi Eesti Laul 2018 menerusi sebuah lagu berbahasa Itali, "La forza", dan beliau telah mewakili Estonia dalam Eurovision Song Contest 2018.[3][4]

Peribadi

Pada Disember 2017, beliau telah mengubah ejaan namanya dari Netšajeva kepada Nechayeva, dengan sebutan yang sama.[5]

Beliau merupakan berdarah campuran Rusia, Chuvash dan Estonia; dan menjadi peserta berdarah Chuvash pertama dalam Eurovision.[6][7]

Rujukan

  1. ^ a b "Elina Nechayeva". Eda Zahharova Music Agency. Dicapai pada 19 February 2018.
  2. ^ "La forza". ERR, January 2018
  3. ^ "Räppi, poppi ja klassikat: Eesti Laul 2018 poolfinalistid on selgunud!". menu.err.ee (dalam bahasa Estonian). Eesti Laul. 10 November 2017. Dicapai pada 19 February 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Mercereau, Damien (7 March 2018). "Eurovision 2018 : Elina Nechayeva, une chanteuse d'opéra pour l'Estonie" (dalam bahasa Perancis). Le Figaro. Dicapai pada 9 March 2018.
  5. ^ "Eesti Laulu poolfinalist Elina Netšajeva muutis nime". delfi.ee. Dicapai pada 6 May 2018.
  6. ^ https://www.vokrug.tv/person/show/elina_nechaeva/
  7. ^ http://stuki-druki.com/authors/Nechayeva-Elina.php


Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Perpustakaan negara
  • Jerman
Lain-lain
  • MusicBrainz (artis)