Bendera Maghribi

Rasio Bendera 2:3

Bendera Maghribi terdiri dari sebuah bintang berwarna hijau pada sebuah latar belakang berwarna merah. Bendera baru ini diperkenalkan pada hari kemerdekaan Maghribi pada tahun 1956.

Perlambangan

Warna merah dikaitkan kuat dengan Maghribi, di mana kerajaan tersebut diasaskan dinasti Alawiyyah yang datang daripada keturunan Fatimah al-Zahra, puteri Nabi Muhammad dan isteri Ali bin Abi Talib. Ia juga melambangkan keberanian dan kekuatan.[1][2]

Warna hijau melambangkan kasih sayang, harapan, keamanan, harapan dan kegembiraan. Ia turut berkait kuat dengan agama Islam.[1][2]

Pentagram yang terletak di tengah lapangan bendera merujuk kepada mohor yang dikatakan telah dipakai Nabi Sulaiman.[3] Lima bucu ia turut melambangkan lima Rukun Islam.

Rujukan

  1. ^ a b "Flag of Morocco". Famouswonders.com. 17 November 1915. Dicapai pada 3 Julai 2016.
  2. ^ a b "Moroccan Flag". Vexillology Matters. Dicapai pada 3 Julai 2016.
  3. ^ m/s. 838 [1]

Pautan luar

  • flagPortal Maghribi
  • Morocco di Flags of the World
  • Morocco Historical Flags, FOTW