Bahasa Sepanyol Kastila

Bahasa Sepanyol Kastila (Jawi: بهاس سڤاڽول کستيلاcode: ms is deprecated ) boleh merujuk kepada jenis bahasa Sepanyol yang dituturkan di utara dan tengah Sepanyol, bentuk baku bahasa Sepanyol, atau bahasa Sepanyol dari Sepanyol.[1][2][3][4][5][6] Dalam bahasa Sepanyol, istilah castellanocode: es is deprecated (dari Kastila) sama ada boleh bermaksud keseluruhan bahasa Sepanyol atau bahasa Sepanyol Lama zaman pertengahan, versi awal yang kini dikenali sebagai Bahasa Sepanyol Moden Awal.

Terminologi

Peta bahasa dan dialek di Sepanyol

Nama Sepanyol Kastila digunakan untuk jenis bahasa Sepanyol yang khusus dituturkan di utara dan tengah Sepanyol. Ini adalah kerana jenis-jenis bahasa di Sepanyol dibahagikan kepada bahasa utara (Kastila) dan bahasa selatan (Andalusia).[7] Nama ini juga digunakan secara lebih luas untuk membezakan antara bahasa Sepanyol di Sepanyol dan bahasa Sepanyol yang dituturkan di Amerika Latin. Di Sepanyol, terdapat banyak variasi bahasa Sepanyol; di samping itu, terdapat bahasa rasmi dan tidak rasmi lain di negara tersebut, walaupun bahasa Sepanyol bahasa rasmi di seluruh Sepanyol.

Castellano septentrional ("Kastila Utara") ialah nama Sepanyol untuk dialek dari separuh Utara Sepanyol, mencakupi dialek dari Aragón atau Navarre, yang tidak pernah menjadi jajahan Kastila. Dialek-dialek ini asing daripada dialek-dialek selatan di Andalusia, Extremadura, dan Murcia.[8] Español castellano, terjemahan terus bagi Bahasa Sepanyol Kastila, tidak begitu lazim digunakan; ia boleh merujuk kepada variasi yang terdapat di wilayah Kastila; namun dialek-dialek Kastila, seperti kebanyakan dialek, tidak sama di semua tempat dan berbeza-beza mengikut wilayah. [9]

Fonologi

  • Bunyi /d/ disebut [θ] tanpa suara dan bukannya [ð] bersuara.[10] Ini paling lazim di wilayah Burgos, Palencia, Valladolid, timur León dan Zamora, utara Segovia dan Avila, dan Soria. Sebutan ini terdapat, tetapi kurang lazim, di La Rioja, Guadalajara, Cuenca dan Madrid, dan ia hampir tidak dirakamkan hadir di Toledo, Ciudad Real dan Albacete.[11]
  • /d/ digugurkan dalam akhiran -adocode: es is deprecated hampir di seluruh Sepanyol. Dalam perkataan-perkataan lain, pengguguran /d/ di antara dua bunyi vokal adalah ciri-ciri variasi bahasa Sepanyol selatan.[12]
  • Konsonan /s/ di akhir suku kata sering dibunyikan dengan hembusan di Madrid dan Castilla–La Mancha. Sebelum bunyi /k/, ia dibunyikan sebagai geseran velar tak bersuara [x] , contohnya es quecode: es is deprecated 'iaitu' berbunyi seperti [exke].[13]
  • //, dieja ch, dilafazkan sebagai konsonan letusan gusi tak bersuara yang dipalatalkan [t͡sʲ], setidaknya di Madrid.[14]
  • Bahasa Sepanyol di kebanyakan kawasan Semenanjung Iberia, termasuk Kastila, menggunakan konsonan [s̠] apikal, bukan geseran gusi tak bersuara tidak terkebelakang seperti dalam bahasa Sepanyol Andalusia, Pulau Canaria dan Amerika Latin, serta bahasa Inggeris.[15][16]

Tatabahasa

  • Petak yang luas di tengah Kastila adalah rumah kepada leísmo . Akademi Diraja Sepanyol menganggap leísmo sebagai tidak betul, walaupun ia menganggapnya boleh diterima apabila merujuk kepada seorang lelaki tunggal. [17] [18]

Lihat juga

  • flagPortal Sepanyol
  • iconPortal Bahasa
  • Bahasa Sepanyol Andalusia
  • Bahasa Sepanyol Canaria
  • Castúo
  • Bahasa Sepanyol Murcia
  • Bahasa Sepanyol Baku – bentuk baku yang sangat berbeza daripada asas bahasa Sepanyol zaman pertengahannya

Rujukan

  1. ^ Random House Unabridged Dictionary. Random House Inc. 2006.
  2. ^ The American Heritage Dictionary of the English Language (ed. ke-4). Houghton Mifflin Company. 2006.
  3. ^ Webster's Revised Unabridged Dictionary. MICRA, Inc. 1998.
  4. ^ "Encarta World English Dictionary". Bloomsbury Publishing Plc. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-09. Dicapai pada 2008-08-05.
  5. ^ "Castilian". Dictionary.com Unabridged. Random House.
  6. ^ "Castilian". Merriam-Webster.com Dictionary. Merriam-Webster. Dicapai pada 2021-04-04.
  7. ^ Lipski 2012.
  8. ^ Lipski 2018.
  9. ^ Penny 2000.
  10. ^ Molina Martos, Isabel (December 2016). "Variación de la -/d/ final de palabra en Madrid: ¿prestigio abierto o encubierto?". Boletín de filología (dalam bahasa Sepanyol). 51 (2): 347–367. doi:10.4067/S0718-93032016000200013.
  11. ^ García Mouton, Pilar; Molina Martos, Isabel (1 Januari 2016). "La –/d/ final en el atlas dialectal de Madrid (ADIM): un cambio en marcha". Lapurdum (dalam bahasa Sepanyol) (19): 283–296. doi:10.4000/lapurdum.3375.
  12. ^ Estrada Arráez, Ana (2012). "The Loss of Intervocalic and Final /d/ in the Iberian Peninsula" (PDF). Dialectologia. Terbitan Khas III: 7–22. ISSN 2013-2247. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  13. ^ Wright, Robyn. The Madrileño ejke : a study of the perception and production of velarized /s/ in Madrid (Tesis). The University of Texas at Austin.
  14. ^ Klaus Kohler. "Castilian Spanish – Madrid".
  15. ^ Martnez-Celdrn, Eugenio; Fernndez-Planas, Ana Ma.; Carrera-Sabat, Josefina (Disember 2003). "Castilian Spanish". Journal of the International Phonetic Association. 33 (2): 255–259. doi:10.1017/S0025100303001373. Dicapai pada 18 Mac 2022.
  16. ^ Dalbor, John B. (Mac 1980). "Observations on Present-Day Seseo and Ceceo in Southern Spain". Hispania. 63 (1): 5–19. doi:10.2307/340806. JSTOR 340806.
  17. ^ "Uso de los pronombres lo(s), la(s), le(s). Leísmo, laísmo, loísmo". rae.es (dalam bahasa Sepanyol).
  18. ^ Fernández-Ordóñez 2016.

Sumber

  • Fernández-Ordóñez, Inés (2016). "Dialectos del Español Peninsular" (PDF). Dalam Gutiérrez-Rexach, Javier (penyunting). Enciclopedia de Lingüística Hispánica. Milton Park, Abingdon, Oxon: Routledge. ISBN 9781315713441. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 12 Julai 2020. Dicapai pada 18 Mac 2022.
  • Lipski, John (2012). "Geographical and Social Varieties of Spanish: An Overview" (PDF). Dalam Hualde, José Ignacio; Olarrea, Antxon; O'Rourke, Erin (penyunting). The Handbook of Hispanic Linguistics. Blackwell Publishing Ltd. m/s. 1–26. doi:10.1002/9781118228098.ch1. ISBN 9781405198820.
  • Lipski, John M. (2018). "Dialects of Spanish and Portuguese" (PDF). Dalam Boberg, Charles; Nerbonne, John; Watt, Dominic (penyunting). The handbook of dialectology. Hoboken, NJ. m/s. 498–509. doi:10.1002/9781118827628.ch30. ISBN 9781118827550.
  • Penny, Ralph J. (2000). Variation and change in Spanish. Cambridge: Cambridge University Press. doi:10.1017/CBO9781139164566. ISBN 0521780454. Dicapai pada 21 Jun 2022.

Pautan luar

Ketahui lebih lanjut tentang Bahasa Sepanyol Kastila di Wikipedia:
Takrifan dari Wikikamus
Imej dan media dari Commons
Sumber pembelajaran dari Wikiversity
Berita dari Wikiberita
Petikan dari Wikipetikan
Teks sumber dari Wikisumber
Buku teks dari Wikibuku
  • WordNet 3.0. Universiti Princeton
  • COSER, Korpus Audio Pertuturan Sepanyol Luar Bandar